• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer
Yayasan Petronas
  • Home
  • About Us
  • Our Focus
    • Education
    • Community Well-being & Development
    • Environment
  • The Good News
    • Press Releases
    • Speeches
    • Gallery
    • Voice of Inspiration
    • Newsletters
  • Grants
  • Donations
  • Get Involved

Sumbangan Derma

Tujuan utama Yayasan PETRONAS adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Objektif dan bidang tumpuan kami adalah seperti berikut:

  • Pendidikan
  • Kesejahteraan dan Pembangunan Masyarakat
  • Alam Sekitar

Syarat Am

Organisasi yang ingin memohon sumbangan digalakkan menyemak Kriteria Kelayakan dan Pengecualian di bawah. Memandangkan Yayasan PETRONAS menerima jumlah permohonan yang besar, maka keutamaan akan diberi kepada permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Kriteria Kelayakan

  • Organisasi yang memohon dana mestilah berdaftar dengan pihak berkuasa yang berkenaan. Cth: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
  • Organisasi yang memohon mesti ditubuhkan, bertempat dan beroperasi di Malaysia.
  • Organisasi dan agensi yang membuat permohonan hanya boleh memohon dana sebanyak satu kali dalam masa setahun.
  • Organisasi harus memberi manfaat secara langsung dalam mana-mana bidang tumpuan Yayasan PETRONAS menurut Prinsip-Prinsip Panduannya.

Pengecualian

Dalam usaha menyelaraskan semua permohonan sumbangan atau bantuan, serta memastikan ia diuruskan secepat mungkin, kami akan memberi keutamaan kepada permohonan yang sesuai dengan kriteria kelayakan.

Sebagai contoh, Yayasan PETRONAS tidak memihak kepada mana-mana organisasi yang cenderung ke arah keagamaan atau politik. Oleh yang demikian, permohonan daripada organisasi dan/atau individu berkenaan akan disaringkan.

Senarai Pengecualian

  1. Organisasi dan/atau persatuan politik
  2. Individu atau matlamat individu
  3. Organisasi dengan tujuan keganasan
  4. Organisasi berasaskan keuntungan
  5. Syarikat dan NGO yang disenaraihitamkan dan/atau tidak berdaftar
  6. Organisasi yang berkaitan dengan perjudian, alkohol dan tembakau
  7. Usaha mengutip dana, acara berunsur komersial, mesyuarat persatuan profesional, forum, pameran perdagangan, parti, perayaan, perarakan, pesta dan loteri
  8. Pengiklanan, penghasilan atau penerbitan buku, filem, video, program televisyen, laman web, promosi barang dagangan, pakatan perkongsian dan/atau pengiklanan
  9. Kakitangan Kumpulan PETRONAS dan anak syarikatnya
  10. Penempatan kerja, latihan amali, praktikum
  11. Perbelanjaan operasi seperti gaji, pinjaman, pelaburan, pembiayaan defisit dan/atau pembiayaan sekolah rendah atau menengah swasta (berasaskan yuran)

Bersedia untuk memohon?

Sila lengkapkan permohonan secara dalam talian dan sertakan dokumen sokongan yang berkaitan.

MOHON SEKARANG

Anda akan dihubungi dalam tempoh dua minggu jika permohonan anda diluluskan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian soalan lazim. Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami.

Soalan Lazim

Yayasan PETRONAS akan menghantar surat kepada pihak anda (pemohon) untuk mengesahkan keputusan kami serta cara bagaimana sumbangan yang akan diagihkan. Permohonan biasanya ditunaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu dari tarikh dokumen lengkap diterima.
Ya. Kami akan menghantar surat untuk memaklumkan pemohon mengenai status permohonan anda atau jika maklumat lanjut diperlukan.
Semua permohonan harus dihantar kepada Yayasan PETRONAS sekurang-kurangnya enam minggu sebelum aktiviti atau program anda dijalankan. Permohonan tidak akan diproses jika ia dihantar kurang dari tempoh yang ditetapkan memandangkan pihak Yayasan PETRONAS menerima permohonan pada jumlah yang besar setiap hari.
Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tidak menerima sebarang permohonan rayuan. Sehubungan itu, kami agar mencadangkan anda menyemak semula syarat-syarat am, garis panduan kelayakan dan senarai pengecualian yang dipaparkan di laman web kami. Sila pastikan permohonan dalam talian anda adalah lengkap dan semua dokumen sokongan dan maklumat berkaitan telah disertakan.
Untuk makluman anda, Yayasan PETRONAS mempunyai peruntukan tetap setiap tahun untuk diagihkan kepada pemohon yang layak. Sila pastikan anda membuat pertimbangan yang teliti berkenaan jumlah sumbangan yang ingin dipohon dan bagaimana dana tersebut akan dapat memanfaatkan kehidupan masyarakat yang ingin anda bantu.
Ya, sumbangan yang diagihkan adalah untuk sekali sahaja setiap tahun. Jika program atau aktiviti anda akan dilaksanakan secara berperingkat, sila nyatakannya dengan jelas dalam permohonan anda.
Kami mengalu-alukan sebarang permohonan dan akan cuba mempertimbangkan setiap permohonan yang telah dihantar. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan dan yang tidak terangkum dalam senarai pengecualian.

Primary Sidebar


    Education
    Community
    Well-being & Development
    Environment

    Footer 1

    Contact Us

    +(603) 2051 5000

    yayasanpetronas@petronas.com

    Yayasan PETRONAS
    Level 71, Tower 1,
    PETRONAS Twin Towers
    Kuala Lumpur City Centre,
    50088 Kuala Lumpur,
    Malaysia

    Footer 2

    Quick Links

    • PETRONAS
    • PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP)
    • Galeri PETRONAS
    • PETROSAINS
    • Malaysian Philharmonic Orchestra

    Stay Connected with Us

    Find out more about the many exciting programmes at Yayasan PETRONAS and be part of the Where Good Flourishes community.

    © 2021 Yayasan PETRONAS · All rights reserved.

    • Sitemap
    • Risk Policy
    • Contribution Policy
    • Privacy Policy