Yayasan Petronas | Where Good Flourishes

Author name: ypadmin

Archived Stories

Pejuang Kanser Gandakan Pendapatan dengan Menjual Ais Krim

“Saya telah diberi peluang kedua dalam kehidupan. Bagi saya, setiap hari adalah nikmat kerana saya masih dapat bersama anak-anak saya,” kata Che Wan Mon Binti Omar, ibu tunggal kepada lima orang anak. Ungkapan kata ini jauh sekali dari hanya suatu klisé. Che Wan telah melalui saat-saat gelap dan penuh liku apabila beliau kehilangan suami dan sejurus selepas itu didiagnos pula dengan kanser limfoma tahap empat beberapa tahun lepas. “Itu merupakan waktu yang perit kerana anak-anak saya masih kecil dan memerlukan saya. Saya bukanlah orang senang, jadi saya perlu mencari jalan untuk mengisi perut sekeluarga,” luah Che Wan. Tetapi langit mendung bertukar cerah apabila beliau menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan rawatan kanser di hospital kerajaan. “Saya benar-benar rasa seperti diberikan hidup baharu dan semangat baharu untuk terus menjalani kehidupan,” kata Che Wan lagi. Diberi Peluang Kedua, Semangat Membara Untuk Berjaya Berbekalkan semangat baharu ini, muncul pula idea untuk membuat ais krim. “Anak-anak saya memang sukakan ais krim dan sebenarnya ia bukannya susah untuk dibuat,” jelasnya. “Semasa ingin bermula, macam-macam idea perisa yang mereka cadangkan. Akhirnya kami sepakat untuk membuat ais krim perisa Choki Choki dan Oreo,” kongsinya. “Pelanggan sangat sukakannya dan semakin ramai pula kanak-kanak di kawasan perumahan saya mendapat tahu. Jadi, mereka akan datang ke tempat saya untuk membeli. Ais krim saya memang popular!” kata Che Wan sambil ketawa. Beliau membuat kira-kira 200 batang setiap minggu dan mula mendapat pelanggan tetap. Tetapi beliau tetap berhati-hati dan memastikan perniagaan ini tidak terlalu memberikan tekanan. Lagipun Che Wan masih perlu mengimbangi tanggungjawab di rumah sambil memastikan kesihatannya sendiri kekal terjaga. Walau bagaimanapun, beliau sentiasa memikirkan bagaimana caranya mendapatkan wang lebih kerana pendapatan tambahan RM300 adalah masih tidak mencukupi untuk menampung keluarga. Pintar Mencari Penyelesaian Mujur sekali, beliau telah mendapat tahu tentang Program empowerNCER.  Melalui program empowerNCER, Yayasan PETRONAS yang menerajui inisiatif Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) telah membekalkan Che Wan dengan kemahiran baru.  Ia merupakan sebuah program latihan keusahawanan khusus untuk membantu komuniti B40. Nyata sekali, inilah penyelesaian yang Che Wan perlukan untuk menambah dan melatih kemahiran praktikal untuk mengembangkan perniagaan aiskrimnya. “Latihan tersebut memberi saya peluang untuk bercita-cita lebih tinggi dan membayangkan cara untuk mengembangkan perniagaan saya ” ulas Che Wan tentang program itu. Hari ini, beliau menjual lima belas jenis perisa ais krim. Apabila ditanya tentang perisa paling istimewa yang boleh didapati, beliau berkongsi, “Perisa Vanilla Choki, Oreo, Strawberry Fizz, Mango Fizz and Kiwi Fizz adalah antara ais krim saya yang paling laris.”  Menariknya, beliau juga mengambil tempahan untuk perisa lain daripada yang lain. “Kadang kala pelanggan akan memberitahu saya perisa lain yang mereka mahukan. Kemudian saya akan cuba memadankan resipi dengan selera pelanggan dan membuat ais krim yang istimewa dibuat untuk mereka,” jelas Che Wan. Dari 500 ke 700 batang ais krim setiap minggu, pendapatannya telah mencapai hampir lima kali ganda dengan kira-kira RM1,400 setiap bulan. Che Wan juga membekalkan ais krim kepada kedai-kedai runcit berdekatan rumahnya dan turut mengupah agen untuk mengembangkan perniagaannya. Che Wan kekal berjuang dan berharap supaya perniagaannya semakin berkembang maju. “Sebaik sahaja pandemik ini tamat, saya nak menjual ais krim di dalam balang pula. Mesti ramai yang akan suka!” Semangat perjuangan Che Wan memberi inspirasi untuk orang ramai, dan melalui program ini, ia sedikit sebanyak telah membantu beliau mengecapi impian. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga mengenali individu seperti Che Wan yang sedang gigih berjuang mencari rezeki dan perlukan bantuan? Kongsikan cerita anda di sini. Siapa tahu, kisah anda juga mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain!

Archived Stories

Courageous Cancer Survivor Multiplies Her Income Selling Ice Cream

“I was given a second chance at life. Every day is a gift I get to spend with my children,” said Che Che Wan Mon binti Omar, a single mother of five.  These words are not a cliché. Che Wan experienced a couple of dark and treacherous seasons in life when she lost her husband a few years ago and soon after, was diagnosed with stage four lymphoma.  “It was a very tough time because my children are young and they need me. I don’t have a lot and I needed to find ways to keep the family fed,” Che Wan shared openly.  Miraculously, with the pertinent cancer treatment at a government hospital, she showed signs of recovery. “I really felt like I was given new life and new hope to live,” she said.  High On Hope With fresh motivation, the idea of making ice cream to sell sparked. “My children love ice cream and it is not difficult to make,” she said. “They gave me all kinds of ideas on what flavours to start with. We decided on choki choki and Oreo ice cream,” she said.  “My customers really liked it and other children in my neighbourhood found out about it. They would come to my place to buy. It was such a hit!” she laughs.   She made about 200 sticks per week and started building a regular customer base. But she was careful not to overload.  Che Wan still had to juggle home responsibilities and ensure that her health was intact.  Nonetheless, she was constantly thinking how to make more money because the newfound income of RM300 per month was not sufficient to sustain the family.  Ingenuity Meets Intervention  She came across Program empowerNCER at Kuala Muda district which is funded by Yayasan PETRONAS under its Program MEKAR (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) initiative. This is an entrepreneurship training program specifically designed for B40 communities to give them a hand up. She knew this was what she needed to gain practical skills and training to scale her small ice cream business.  “The training gave me an opportunity to think big and envision growth in my business. I started getting creative with my ice cream flavours,” Che Wan said of the program funded by Yayasan PETRONAS.  Today, she sells over fifteen ice cream flavours. When asked about the signature flavours, she said, “Vanilla Choki, Oreo, Strawberry Fizz, Mango Fizz and Kiwi Fizz are my best sellers.”  She also takes orders for customised flavours. “Sometimes my customers tell me what flavours they want and I try to match their expectations and make it specifically for them,” she said.  From 500 to 700 sticks of ice cream per week her income has multiplied almost five fold, making approximately RM1,400 per month. She is supplying ice cream to local shops near her home and has also hired an agent to expand her reach.  Che Wan is unbeatable and has her hopes set on growing her business. “After this pandemic is over, I want to sell ice cream in jars and I know people will love it!”  Her fight for life is infectious and Program MEKAR has played a role in fuelling her dream. Do you know anyone who shares the same fight for life and can benefit from a hand up? Share your stories with us because we all need a bit of inspiration from time to time. 

Archived Stories

‘Cuci tangan’ daripada hidup miskin

Suatu masa dahulu, Prasit Ai Triang, 24 tahun, baru sahaja berkahwin tetapi hidup dalam kesempitan wang. Didorong minat terhadap kereta, beliau mencari rezeki mencantikkan kenderaan dan memasang aksesori. Namun beliau hanya memperoleh sekitar RM300 sebulan. Hasil ini cuma cukup makan sahaja untuk seorang, apatah lagi untuk hidup berdua. Bangkit dari jatuh, Prasit menyinsing lengan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berbekalkan span, hos air dan segala keberanian yang ada, beliau menceburkan diri dalam perniagaan dan sejak itu tidak lagi menoleh ke belakang. Permulaan Perniagaan 99 Car Wash di Pendang ialah kebanggaan dan sumber kebahagiaan Prasit. Perkhidmatannya yang teliti telah menarik pelanggan untuk mencuci kereta di tempat beliau. “Impian saya adalah untuk memiliki perniagaan kereta sendiri tetapi saya tak tahu bagaimana untuk bermula, atau apa yang harus dilakukan. Nasib baik saya ditemukan dengan para pelatih Program empowerNCER yang menyokong idea saya untuk membuka perniagaan sendiri,” jelas Prasit. Rasa ingin tahunya membuak-buak ketika beliau diperkenalkan dengan Program empowerNCER yang merupakan salah sebuah inisiatif latihan keusahawanan. Melalui program empowerNCER, Yayasan PETRONAS yang menerajui inisiatif Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) telah membekalkan Prasit dengan kemahiran baru.  Kesungguhannya untuk menuntut ilmu peniagaan dan minatnya terhadap kereta telah menyalakan semangat baharu dalam dirinya. Setelah beberapa bulan mengikuti program ini, beliau pun membuka perniagaan mencuci kereta. Tempat mencuci keretanya biasa sahaja – didirikan dengan bekalan air yang baik, bumbung dan ruang yang luas untuk kereta masuk. Sewaktu beberapa bulan pertama, pelanggan datang mencuci kereta kerana mereka kebetulan lalu di tempat itu. Namun, khidmat cucian kereta yang teliti oleh Prasit memuaskan pelanggan dan mereka kembali sebagai pelanggan tetap. Pendapatan Prasit mula bertambah setiap bulan. Tidak lama selepas itu, Prasit sedar bahawa beliau memerlukan pertolongan. Oleh itu, beliau mengupah dua orang pekerja supaya pusat mencuci keretanya dapat memenuhi permintaan yang semakin bertambah. Pada masa yang sama, Prasit segera mempelajari cara menguruskan tenaga kerja dan perniagaan yang semakin berkembang. “Sebelum ini, saya bekerja untuk orang. Tetapi sekarang saya pula yang mengupah orang untuk membantu saya berniaga!” kata Prasit dengan bangga. Mempelbagaikan dan Menginovasikan Perniagaannya Daripada sebahagian keuntungannya, Prasit melaburkan sedikit modal untuk mengembangkan perniagaan cuci keretanya. Kini, pusatnya turut menjual aksesori kereta, menawarkan servis memasang lampu berwarna, menukar lampu kenderaan, membersihkan karpet kereta dan menggilap kereta. Lama kelamaan, pusat perniagaan beliau berubah dari tempat mencuci kereta biasa menjadi pusat spa kereta sehenti. Berita mula tersebar di Pendang dan kawasan berhampiran apabila Prasit menggunakan Facebook untuk memasarkan perniagaannya. Gambar kereta-kereta bersih berkilat serta gambar perbandingan sebelum dan selepas telah menjadi tarikan besar buat para pelanggan baharu. Antara ulasan pelanggan di laman Facebooknya, “Servis terbaik dan mesra!” Tidak Lagi Kesempitan Wang “Dahulu, saya hanya memperoleh RM300 dan berkerja untuk orang. Sekarang, ada kalanya saya memperoleh sebanyak RM5,500 sebulan. Bukan itu sahaja, malah saya memberi peluang pekerjaan kepada orang lain,” kata Prasit. Tidak lama dahulu, hidup pemuda ini umpama kais pagi makan pagi. Namun, beliau mempunyai minat dan semangat mendalam, dan diberikan pula peluang untuk belajar berniaga. Bagi seorang pemuda seperti Prasit, bimbingan hadir tepat pada waktunya. Masa depannya kembali cerah. Mungkin anda ada mengenali anak muda seperti Prasit yang gigih mencari jalan keluar dari kancah kemiskinan. Setiap orang berhak mendapat peluang yang sama. Jika ya, kongsikan dengan kami di ruang komen atau hubungi kami. Kami ingin mendengar kisah mereka.

Archived Stories

Washed Out Of Poverty

Prasit Ai Triang, 24 years old, was once newly married and broke. His love for cars saw him sprucing up automobiles, installing accessories and earning only about RM300 per month.  Barely enough for him to survive.  In a desperate bid to get back on his feet, Prasit picked up a sponge and a hose, packed in a gallon of courage to venture into business and hasn’t looked back since.  The Beginnings 99 Car Wash in Pendang is Prasit’s pride and joy. His attention to detail is what customers are looking for when they drive to his car wash.  “My dream was to have my own car business but I did not know how to start or what to do. Luckily I met with the empowerNCER team who supported the idea of opening my own store,” Prasit explained.  Under its Program MEKAR (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) initiative, Yayasan PETRONAS funds empowerNCER in five districts in Kedah, including at Pendang. Curiosity came alive when he was introduced to the entrepreneurial program sponsored by Yayasan Petronas. His enthusiasm for practical business knowledge and his love for cars ignited a new fire within him.  Within months of attending the programme, he set up a car wash business. It was a simple facility with good water supply, a roof and a vast space for cars to drive into.  In the early months, customers would drive past at random requiring a car wash. Prasit’s meticulous cleaning kept his customers happy and they kept coming back. His income started to pile up month by month.  He quickly realised that he needed extra hands to help. So he hired two workers to keep up with the demand. Prasit rapidly learned the ropes of managing his small and expanding business and team.  “Before this, I was working for people, but now I am hiring people to help me in my business!” Prasit beamed with pride.  Expanding And Innovating His Business Prasit reinvested some of his profits to expand his car wash business to include selling car accessories, installing lamp tinting, changing vehicle lights, deep cleaning car carpets and polishing cars.  His facility slowly transformed from a regular car wash into a one-stop car spa centre.  Word got around Pendang and beyond as Prasit used Facebook to promote his business. Photos of spanking clean cars and before and after photos were a huge draw for new customers.  A review on his Facebook page read, “Best tip-top service. Friendly service.”  No Longer Broke  “I used to only earn RM300 and was working for people. Now I sometimes earn as much as RM5,500 a month and I am giving people jobs,” Prasit said.   It wasn’t long ago that this young man was stretching every dollar to survive. He had a passion and was offered a chance to grow the passion and monetise it.  For a young man like Prasit, intervention was timely and the future is one with headlights.  Perhaps you know of young people like Prasit who are desperately looking for a way out of poverty. Everyone deserves an equal chance.  Let us know in the comments or get in touch with us if you do. We want to hear their story.

Archived Stories

“Menyulam” Peluang Untuk Ubah Hidup

Siti Zubaidah, 44 tahun, sudah menjadi tukang jahit untuk bertahun-tahun lamanya. Tetapi idea untuk memiliki perniagaan sendiri tidak pernah terlintas di fikiran beliau. “Semuanya bermula apabila saya bertekad untuk meningkatkan kemahiran. Saya mendaftar dengan sebuah program kerajaan untuk mempelajari kemahiran dan teknik baharu dalam menjahit,” kata tukang jahit pakaian tradisional itu. Sewaktu mengikuti kursus, Siti telah mendapat inspirasi untuk memulakan perniagaannya sendiri. Fikir beliau, “Jika sekarang saya memperoleh RM500 sebulan, dengan kemahiran baharu saya mungkin dapat meningkatkan pendapatan saya.” Melangkah keluar dari kepompong Kemudian, beliau mendapat sedikit bantuan kewangan daripada kerajaan untuk membeli mesin jahit dan menyewa ruang kecil untuk mendirikan kedainya. Siti semakin beralih dari kerja sambilannya sebagai tukang jahit di kedai pakaian, ke arah menjadi pemilik perniagaan. “Saya sangat teruja memiliki perniagaan sendiri, tetapi saya tetap bimbang. Terdetik di hati – adakah saya akan mendapat pelanggan yang secukupnya?” kongsinya. Inilah lumrah yang dihadapi mana-mana pemilik perniagaan yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat terus bertahan. Sekali-sekala pelanggan sedia ada akan datang untuk megubah suai pakaian, tetapi bilangan pesanan masih tidak menentu. Menjelang musim perayaan pula, Siti akan menerima lebih banyak pesanan berbanding bulan-bulan biasa. Tetapi selain daripada waktu tersebut, perniagaannya hampir tidak bergerak. Justeru, beliau perlu mencari jalan untuk menarik lebih banyak pelanggan dan memastikan mereka menjadi pelanggan setia. “Sebelum mengikuti Program empowerNCER, pelanggan saya hanyalah orang-orang yang mengenali saya. Saya cuma bergantung kepada mereka untuk memberitahu orang lain tentang perkhidmatan saya. Tetapi semuanya berubah setelah mengikuti program ini. Saya menyedari bahawa saya dapat menggunakan WhatsApp, WeChat dan Facebook untuk memasarkan perkhidmatan saya dan meningkatkan potensi perniagaan,” katanya. Melalui program empowerNCER, Yayasan PETRONAS yang menerajui inisiatif Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) telah membekalkan Siti dengan kemahiran untuk memasarkan dan mengembangkan perniagaannya. Malah, Siti kerap mengunjungi Pusat Internet Sik untuk mengakses Facebook dan berhubung dengan pelanggannya. Beliau mengambil inisiatif untuk menggunakan sambungan internet pantas dan kemudahan komputer percuma di sana. Hasil tangan semakin dapat perhatian Beliau semakin seronok menjahit pakaian tradisional, dan beliau juga semakin mahir berniaga. “Saya akan pasti berkongsi gambar pakaian yang saya jahit dengan pelanggan, dan mereka pula akan kongsikan dengan rakan-rakan. Beginilah cara saya mendapatkan pelanggan baharu,” ujarnya gembira. Lama kelamaan, pesanan semakin bertambah dan Siti menjadi tidak cukup tangan! Oleh itu, beliau mengupah pula tukang jahit lain untuk membantunya di kedai. Dalam beberapa bulan sahaja, pendapatan Siti meningkat dua kali ganda. Setelah menolak kos perniagaan dan membayar pekerjanya, beliau membawa pulang pendapatan RM1,200 setiap bulan. “Perniagaan saya bertambah maju dan saya kini mempunyai keyakinan baharu. Saya berharap agar wanita lain di kampung akan memanfaatkan peluang yang ada untuk mengubah kehidupan mereka,” kata beliau. Suatu hari nanti, Siti berharap beliau dapat menganjurkan program bengkel di kampung untuk memperkasakan wanita lain dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mencari nafkah. “Kalau saya dapat melakukannya, saya tahu mereka juga boleh!” akhiri beliau dengan yakin. Dengan kemahiran, keyakinan diri dan kemampuan menjana pendapatan, wanita mempunyai kekuatan untuk bebas dari kancah kemiskinan. Kelak, tidak mustahil mereka juga mampu mencipta peluang yang boleh mengubah hidup insan-insan di komuniti mereka. Apakah perasaan anda setelah membaca kisah ini? Tinggalkan emotikon di ruangan komen!

Archived Stories

“Sew” Many Opportunities For A Better Life

Siti Zubaidah, 44 years old, was a seamstress for years but the thought of owning her own business never crossed her mind.  “My first break came when I decided to upskill. I signed up for a government-funded program to learn new sewing skills and techniques,” said the traditional clothes seamstress.  While attending the course, Siti was struck with inspiration to start her own business. She thought, “Since I am earning RM500 a month, with the new skills, I can potentially earn more.”  Stepping Out  She received some financial assistance from the government to purchase sewing and edging machines and rented a small space to set up her shop.  Siti slowly transitioned from her part-time role as a seamstress at a garment shop to a business owner. “I was very excited to be the boss of my own business, but I was a little worried if I could get enough customers,” she said. Siti faced the same concerns that all business owners face, the dilemma of keeping the business afloat. Customers that Siti has been servicing would come every few months to have their clothes tailored, but orders were inconsistent. The months leading up to festive seasons, Siti would receive more orders and on other months, the business was slow.  She needed to find a way to reach more customers and to keep them coming. “Before attending the empowerNCER program, I only serviced customers who knew me and I relied on recommendations through word-of-mouth.  Under its Program MEKAR (Memampankan Ekonomi Asas Rakyat) initiative, Yayasan PETRONAS funds empowerNCER in five districts in Kedah. including at Sik. After attending the program, I realised I could use WhatsApp, WeChat and Facebook to promote my services and increase my business potential,” she said.  The programme funded by Yayasan PETRONAS gave her the tools and skills to market and grow her business.  Siti took advantage of the fast internet connection and free computer usage at the Sik Internet Centre to access Facebook and connect with her customers. Striking success and sowing into others  As her love for making traditional clothes grew, and so did her business savviness. “I make sure to send pictures of the clothes that I made to my customers and they often forward it to their friends. That is how I get new customers,” she said delightedly.  Over time, orders grew and it became too overwhelming for her to handle. So, she hired another seamstress to help her at her shop.  In a matter of months, Siti’s income has more than doubled. After overheads and paying her staff, she takes home RM1,200 every month. “My business has expanded and I have a new found confidence. I hope that other women in the village would seize the same opportunity to transform their lives as well,” she said.  Siti hopes to one day organise workshops in the village to empower other women with the skills and knowledge to earn a living. “If I can do it, I know they can too!” she said.  With skills, self-confidence and ability to generate income, women have the power to break the poverty cycle and create opportunities to impact others in their communities.  How did you feel after reading this story? Comment with an emoticon below.

Archived Stories

Pembuat Pizza Jadi Sumber Kekuatan Keluarga

Nor Hamimi Binti Darus, 41 tahun merupakan tulang belakang keluarganya. Suami beliau telah mengalami kecederaan saraf tunjang dan sejak itu tidak dapat lagi berkerja. Demi mengisi perut dan menampung kehidupan mereka sekeluarga, Nor Hamimi mula berjinak-jinak dengan mengadun tepung dan lama-kelamaan minatnya bercambah untuk membuat dan menjual pizza. Beliau telah mengubahsuai dapur rumahnya menjadi ‘kilang roti mini’ dengan aktiviti menguli tepung berjam-jam lamanya dan bereskperimen dengan pelbagai perisa. Tidak lama selepas itu, beliau sedar akan bakat istimewanya dalam membuat pizza, yang kian menjadi bualan ramai. “Saya mula memperoleh kira-kira RM750 sebulan daripada hasil jualan pizza,” kata Nor Hamimi. Namun pendapatan ini hanya memberi kelegaan sementara kerana menjelang pertengahan bulan, wang yang diperoleh masih tidak cukup untuk menampung keperluan. Terdapat juga masa-masa mencabar di mana beliau terpaksa berjimat dan makan sekadar alas perut sahaja, supaya keluarganya tidak berlapar pada hari-hari akan datang. Semakin terdesak untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan keluarga, beliau tekad mencari penyelesaian yang ada. Akhirnya, beliau memutuskan untuk mengikuti kursus keusahawanaan dan pembuatan pastri anjuran empowerNCER yang merupakan salah sebuah inisiatif di bawah Program Memampankan Ekonomi Asas Rakyat (MEKAR) yang diterajui Yayasan PETRONAS. Kerja Keras Siang dan Malam Nor Hamimi menghadam segala ilmu dengan penuh bersemangat. Beliau meluangkan masa seharian untuk menambah baik dan mempelajari teknik baharu membuat roti, ilmu dalam memulakan perniagaan dan cara-cara memasarkan pizzanya. Dengan bantuan Program empowerNCER, Nur Hamimi mendapatkan kelengkapan baharu untuk menambahkan produktiviti di dapur yang membolehkan beliau membuat lebih banyak pizza dalam masa yang lebih singkat.  Beliau juga memberanikan diri untuk menjual pizza bukan sahaja dari dapur sendiri, malah di sebuah tapak pasar malam untuk menjual pizza segar dan besarnya.  Kini, Nur Hamimi semakin yakin sebagai pembuat roti dan lebih berkebolehan dalam memasarkan produknya. Hasilnya? Perniagaan Nur Hamimi menarik semakin ramai pelanggan dan pendapatannya bertambah dua kali ganda daripada RM750 ke RM1600 sebulan! Bukan Sekadar Pizza Sahaja!  “Saya tak pernah berhenti bereskperimen di dapur. Sekarang, menu saya turut menawarkan roti garlic cheese, roti hot dog dan roti black pepper cheese. Sementara itu, pizza saya masih digemari ramai kerana keenakannya. Sambutan positif inilah yang menyuntik semangat saya untuk terus berniaga,” ujar Nor Hamimi. Kepelbagaian produk roti beliau lama-kelamaan membuka lebih banyak peluang kerana beliau kemudian mula menerima tempahan untuk acara persendirian dan majlis keramaian. Namun ini bermaksud Nur Hamimi memerlukan dapur yang lebih besar untuk berkerja. Oleh itu, beliau menyewa sebuah tapak dan mengubahsuaikannya menjadi sebuah dapur. Tapak ini juga menjadi tempat beliau menjual pelbagai jenis roti untuk penduduk setempat. Tidak Hanya Terhenti di Sini Buat Nor Hamimi, beliau masih merancang untuk memajukan lagi perniagaannya. Beliau berharap agar dapat mendapatkan food truck supaya beliau boleh membawa keenakan pizzanya ke mana sahaja para pelanggan berada. Apabila insan seperti Nor Hamimi ditemukan dengan peluang yang betul, hasilnya menjadi berlipat ganda. Ia bukan sahaja memberi impak kepada seorang individu itu, malah dapat mengubah hidup seisi keluarga. Hari ini, Nor Hamimi mampu untuk menampung keluarganya dengan lebih selesa. Lebih penting lagi, beliau telah menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita yang mungkin berada dalam situasi yang serupa. Program empowerNCER memberi nafas baharu buat para wanita dan keluarga mereka. Ia mampu mengubah dan menaik taraf tahap sosioekonomi mereka. Bagaimana dengan anda? Adakah anda mengenali sesiapa yang juga perlukan bimbingan perniagaan yang bukan sekadar bantuan derma? Kongsikan bersama kami, dan kami akan menghubungi anda.

Archived Stories

Pizza Maker, The Pillar Of Her Family

Nor Hamimi Binti Darus, 41 years old is the backbone of her family. Her husband suffered a spinal cord injury and has since been unable to hold a job. With mouths to feed and family to care for, Nor Hamimi dabbled with dough and turned her bread making interest into a pizza business.  She transformed her home kitchen into a mini bakery, rolling out dough for hours and experimenting on different flavours. It wasn’t long before she knew she had a knack for making pizzas which soon became the talk of the town.  “I started making about RM750 per month from pizza sales,” Nor Hamimi said. Her steady income stream was a relief, but it quickly dried up before month-end. There were days she had to scrimp and save to get a meal on the table for her family. Desperate to increase her income to pay for her family’s expenses, she sought help. Her resourcefulness led her to the Program empowerNCER’s pastry making and entrepreneurship course in Yan (district) which is funded by Yayasan PETRONAS under its Program MEKAR (Memampankan Eknoomi Asas Rakyat) initiative.  Doubling The Dough Nor Hamimi was a fervent learner. She spent hours improving and learning different baking techniques, steps to start a business and ways to promote her pizzas.  With assistance from Program MEKAR, Nur Hamimi secured some kitchen equipment to improve productivity in the kitchen – making more pizzas in a shorter time. She also plucked up the courage to venture out from her kitchen to the public arena where she secured a spot at the night market to sell her pizzas.  Nur Hamimi’s confidence grew as a baker and became better at promoting her products. As a result, her customer base expanded and she experienced an instant increase in her income, literally doubling from RM750 to RM1600 a month!  Diversifying The Dough  “I continued experimenting in the kitchen and have since added garlic cheese bread, hot dog buns and black pepper cheese bread to my menu. Many customers have remarked the pizzas are delicious and these compliments are morale boosters,” Nur Hamimi said.  Her menu expansion allowed for more opportunities as she started getting orders for functions and events. As her business grew, she required a larger kitchen to work at. She took over a rented space and converted it into a kitchen. In the same space, she also sold a variety of breads.  Dream Big  Nur Hamimi is not done expanding her business. She has her hopes set on purchasing a food truck so that she can take her delicious pizzas to where her customers are.  When opportunities meet people like Hamimi, multiplication happens. The impact is far reaching and it goes beyond her family.  Hamimi is now able to support her family comfortably. More than that, she is also a role model to many women who may be in similar situations.  Program MEKAR gives women and families a new lease of life.It changes their socio-economic trajectory.  Do you know anyone who may be in a similar situation who can benefit from a hand up instead of a hand out?  Let us know, we would love to get in touch.

Annual Reports

Annual Report 2020

Changing Futures, Raising Hopes When hopes are raised, spirits are lifted. A small smile turns into a glowing heart ― determined, motivated and driven. A spark… it is all that’s needed to ignite new futures. Download Annual Report 2020 Yayasan PETRONAS at a glance As the corporate social responsibility arm of PETRONAS, Yayasan PETRONAS supports its commitment to the United Nations’ Sustainable Development Goals of Decent Work and Economic Growth, Good Health and Well-being, Quality education and Climate Change. We do this by expanding opportunities for those facing the greatest barriers and give them hope for a sustainable future through our focus in Education, Community Well-being and Development and the Environment. Education PETRONAS has invested in education outreach programmes for underprivileged and deserving Malaysians. We offer scholarships, build structures and institutions, run science fairs and choral speaking competitions. We engage students, teachers and the community. Read More Community Well-being and Development Our programmes are specifically designed to uplift underserved groups especially the B40 community and give them a chance at a better quality of life. We work to upskill them and provide basic necessities such as access to clean water, where it is needed. Read More Environment PETRONAS have been constantly improving to mitigate and remediate our impact on the environment, undertaking meaningful actions to protect Malaysia’s rich biodiversity and environmental heritage. Read More The Year in Review The year 2020 was one of recalibration. At Yayasan PETRONAS, we knew we had the stewardship and resources to respond strategically in the places others could not, and we forged ahead to meet the needs of healthcare workers, the healthcare system and high-risk groups. At the same time, we continued to soldier on with our other projects to benefit society, transform lives, and plough back into the environment. What followed was a display of how the human spirit can adapt and innovate to meet unspoken challenges in a time of shared adversity. Almost half (48%) of the RM47.25 million funds were diverted to COVID-19 relief efforts, while 43 per cent went to grants, donations and running programmes under the Education, Community Well-being and Development and Environment pillars. Other funds went to support services such as administration and communications. Read the Full Yayasan PETRONAS Annual Report 2020 Download Annual Report 2020 Download Annual Report 2019