AAY 2019 Chairman’s Circle: Saingan Juara Penyelesaian Inovatif Alam Sekitar

Lima Pasukan Tawarkan Perancangan Bisnes Menjuarai Isu Alam Sekitar

KUALA LUMPUR, 13 September 2019 Lima pasukan sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Sentuhan Harapan-All About Youth 2019 (AAY 2019) anjuran Yayasan PETRONAS, meraih satu lagi peluang mempersembahkan projek inovatif mereka, kali ini untuk merebut wang tunai sebanyak RM30,000 dalam pusingan Anugerah Chairman’s Circle.

Yayasan PETRONAS, cabang tanggungjawab sosial korporat (CSR) PETRONAS, hari ini mengumumkan lima pasukan yang mara ke pusingan Chairman’s Circle untuk menghasilkan projek pemuliharaan alam sekitar yang berdaya maju dan berpotensi untuk dikomersialkan, sekaligus menjadi juara pertandingan itu. 

Pasukan-pasukan dipilih daripada 50 sekolah yang membabitkan penyertaan 1,000 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 dari Melaka, Johor, Terengganu, Sabah and Sarawak. Selain daripada merekacipta bentuk produk yang hebat, pasukan yang maju ke peringkat Chairman’s Circle ini turut bersaing mempromosikan idea mereka di laman media sosial bagi meraih undi daripada orang awam.

Mengekalkan tema “Reducing Carbon Emissions for a Better Future”, para finalis kini perlu menghasilkan pelan perniagaan bagi prototaip projek masing-masing dalam tempoh 10 minggu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Lita Osman berkata AAY 2019 menawarkan peluang kepada bakat muda untuk mempamerkan penyelesaian inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat.

“Menerusi AAY 2019, Yayasan PETRONAS berharap dapat memupuk pemikiran lateral, kreativiti dan kemahiran berkerjasama di kalangan pelajar bagi mengasah kebolehan mereka untuk menjadi pemimpin di masa depan. AAY juga bermatlamat untuk memacu inovasi sosial dan menyokong sasaran kerajaan untuk mencapai nisbah 60:40 pengambilan jurusan STEM-Seni, selain aspirasi negara mengurangkan pelepasan karbon ke udara.”

AAY mendapat sokongan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

All About Youth 2019 Chairman’s Circle – Finalis dan Huraian Projek


Nama SekolahProjek & Huraian
SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, Terengganu
(juara peringkat Akhir Kebangsaan AAY2019)
CO₂NSER ialah sistem pengesan dan amaran untuk bantu mengelak kebakaran hutan marak, terutamanya sekitar Kijal. Ciptaan ini mengesan peningkatan pelepasan asap dan karbon dalam alam sekitar dan menghantar amaran ke Jabatan Bomba berdekatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
SMK Tun Habab, JohorPELTZ ialah alternatif kepada penyaman udara biasa yang tidak bergantung pada gas klorofluorokarbon (CFC), sebaliknya menggunakan “Kesan Pelting” bagi mendinginkan persekitaran, dengan itu mengurangkan pelepasan karbon.
SMK Tebobon, SabahEco-Smart Classroom merubah kelas sedia ada dengan suis dan peranti pintar bagi mengurangkan penggunaan elektrik, justeru mengurangkan tahap pelepasan karbon.
SMK Riam, SarawakRiam Xplug ialah alat yang boleh memberi amaran kepada pengguna untuk mencabut peranti mereka dari soket elektrik dan dapat mematikan saluran elektrik secara automatik selepas tiga minit.
SMK Teja Putra, TerengganuKEMELAM merupakan sebuah inovasi penghasilan kertas mesra alam yang dihasilkan daripada tandan kelapa sawit.

Mengenai AAY 2019

Tahun ini, 50 sekolah dari lima negeri – Johor, Melaka, Sabah, Sarawak dan Terengganu – bertanding dalam AAY 2019. Setiap pasukan menerima modal permulaan bernilai RM1,000, Alat Kelengkapan Teknologi bernilai  RM1,250 dan tunjuk ajar daripada sukarelawan PETRONAS untuk membangunkan projek mereka dalam tempoh 11 minggu. 

Sejak 2014, AAY telah melibatkan lebih 200 sekolah dan 4,600 pelajar. Mereka telah menerima bimbingan, tunjuk ajar dan motivasi daripada lebih 150 sukarelawan PETRONAS atau ‘buddies’. Melalui usaha ini, para peserta telah berjaya menghasilkan lebih daripada 200 projek masyarakat yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. 

Muat turun gambar di sini: www.yayasanpetronas.com.my/sentuhan-harapan-all-about-youth-2019/

Nota Kepada Pengarang

Untuk menonton dan memuat turun stok visual standard penyiaran dan gambar secara digital, layari Yayasan PETRONAS News Center. Di sini, terdapat bahan beresolusi tinggi untuk saluran media anda – untuk dipautkan ke dalam laman web anda, berkongsi video menerusi pautan e-mel dan melanggan surat berita kami.

Ikuti Yayasan PETRONAS di Facebook and Instagram

Bagi maklumat lanjut, layari https://www.yayasanpetronas.com.my/the-good-news/ – News and Media

Mengenai Yayasan PETRONAS  

Yayasan PETRONAS ialah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat PETRONAS. Misinya adalah untuk menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat. Yayasan PETRONAS berhasrat untuk menghasilkan kesan yang lestari, meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat di sekitar negara menerusi bidang tumpuannya dalam Pendidikan, Kesejahteraan dan Pembangunan Masyarkat, serta Alam Sekitar.

Disediakan bagi pihak:
YAYASAN PETRONAS

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Reshvinder Kaur: + 60 17-275 7985| resh.kaur@ceria.asia
Lim Wei Wen: +6012 3223476 | weiwen.lim@petronas.com